28 August 2012

Ceritera Raya 2012

Penat. Letih. Gembira. Bahagia.


Ya! Semua tu saya rasa dan penghujungnya saya rasa amat bahagia. Alhamdulillah. Masih ada kesempatan merasai semua perasaan tu. 


Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.

Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Hadis Riwayat Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih)

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.

Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Nabi sungguh hebat memotivasikan kita, "Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kamu sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad dan lain-lain).

Kami berterima-kasih kepadaMu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Dengan kejernihan fikrah mereka, kami tenang melangkah.

Sumber: SINI





NOTA:

Padat. Teringin nak cerita hari demi hari sepanjang seminggu syawal pertama. Tapi terasa sangatlah panjang entry kali ni. Setiap hari dalam minggu pertama syawal, memang tak ada ruang rehat langsung. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Felda Gunung Besout, Sungkai. 

Hari terakhir Ramadhan, kami melemang! Best sangat. Hee.. 

Aktiviti paling best kot tiap kali nak raya.


Syawal pertama, kami tak buat rumah terbuka kerana bersebablah. ^___^ [tapi segala juadah seperti lemang, rendang, roti jala serta biskut-biskut raya tetap ada]. Kami ke rumah saudara-mara terdekat..  kat Teluk Intan. Lebih kurang 3-4 buah rumah juga la dari tengah hari sampai ke malam. Syawal kedua saya dibawa suami menziarahi kawan karib yang kematian bonda pada 1 Syawal di Trolak. Sedih tengok dia [Al-Fatihah untuk arwah]. Dikesempatan masa yang ada, kami ke rumah sepupu saya yang bertemu jodoh dengan orang Trolak. Hajat hati nak jumpa kawan 'blog' kat Trolak Selatan, tapi nampaknya belum diizinkanNya untuk berjumpa beliau.

Kuning kami tahun ni! Kerabat kata mereka. :)


Syawal ketiga, sangat memenatkan. Saya ditugaskan 'menyiang' ikan sebanyak 10kilo. Suami serta ayah pula ditugaskan membersih 25 ekor ayam. Emak, macam biasalah, terlalu banyak perkara yang perlu dia siapkan. Along a.k.a kakak ipar beraya rumah mertua. Jadi tugas dia untuk keesokkan harinya iaitu memasak! heee... Tak risau sebab apa yang dia masak, mesti sedap! Sebenarnya 4 Syawal adalah hari pertunangan adik suami. Memandangkan ramai jiran tetangga bercuti/balik kampung, kami kekurangan kakitangan dalam membuat tugasan tersebut. Malamnya sibuk siapkan hantaran pula [Entah kenapa nampak gaya macam tiada persediaan tersebut] Saya ringkaskan saja cerita ini. Enjoy tapi penat!

Tahniah mak ude!


Syawal kelima? Sudah tentu saya bergegas siapkan semua pakaian. Packing apa yang patut untuk balik ke kampung saya pula! Walaupun hanya 2 hari dapat luangkan masa, tapi saya akan pastikan ia bermakna! Walau sehari sebelum tu saya dapat berita yang agak menyedihkan. Tak apa, saya cuba gembirakan yang masih ada. Gambar? Tak ada. Sebab terlalu seronok bersama. Lupa nak ambik gambar sebagai kenangan. Saya tiba dikampung halaman sudah agak senja. Seelok sampai, azan maghrib berkumandang. Alhamdulillah.. Selamat. Masa tu kepala berdenyut. Badan rasa longlai sebab dah beberapa hari tak rehat. Telan ubat tahan sakit! Alhamdulillah.. Esoknya saya dah sihat!

Syawal keenam, saya ke Setiu. Rumah pakcik iaitu adik kepada mama yang saya panggil Ayah Mie. Kali pertama saya kerumah dia. Kami bertolak sesudah solat Jumaat. Rancangnya balik dari rumah beliau, kami nak singgah di Bukit Keluang [Pantai]. Tapi dah lewat. Tunda.. Esoknya iaitu Syawal ketujuh kami ke Pantai Sri Tujuh! Alhamdulillah.. dapat juga berkelah [yang ni ada gambar, tapi saya akan update kemudian].


Sungguh! Saya sangat penat. Tapi saya rasa sangat bahagia. 


14 August 2012

Salam Aidilfitri!



Dikesempatan yang ada, saya pohon kemaafan dari anda semua.. Andai wujud segala khilaf, tanpa sedar atau dalam sedar. Segala yang buruk datang dari saya dan segala yang baik datang dariNYA.

Selamat menyambut hari raya! Semoga keceriaan tahun ni membawa berkat untuk kita semua.







NOTA:
Agak sedih. Tahun ni tak dapat berpuasa dengan mama! 




:'(

13 August 2012

Tukar Nama

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Sumber: JPN







Nota:



Semalam, ketika berada dalam kereta menuju ke Kampung Melayu Subang.. Anak sulung saya, Dhiya Alysha bagi tahu papa dia, "Papa, papa panggil la kakak 'ATIKAH MAISARAH'.. Kakak suka nama tu.." Lepas tu papa dia cakap, "Kan nama Dhiya Alysha tu dan cantik, kenapa kakak nak tukar nama?" Dia mencelah, "ala.. best la nama Atikah Maisarah tu.."

Tergelak saya dengar permintaan dia tu. Lepas tu papa dia cakap, "Takpe la, nanti ada baby girl, kita letak la nama tu plak." Kakak terus setuju! Seronok la dia.. Tapiiiiiii.... tetiba ada yang mencelah! "Tak nak... adik nak baby boy!" Marah betul Iyman Ghazy bila cakap nanti ada baby girl.

Nak ambil hati dia, papa dia tanya la dia.. Kalau dapat baby boy, dia nak letak nama apa. Punya la lama dia fikir.. "Mmm.. mmm... mmm..." Siap jari dia duk letak kat dagu.. "Haaaaa... adik dah tau! Adik nak letak nama baby boy tu BEN10".. Bantai gelak kami dalam kereta. Allahuakbar!




Bahagia? Sudah tentulah.. ^____^

07 August 2012

Sanah Helwa!


SANAH HELWA YA GAMEEL..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
SELAMAT HARI LAHIR..

(Nyanyi untuk diri sendiri, boleh?)



Cepat masa berlalu. Tanggal 2 Ogos 2012, sudah 31 tahun menumpang dibumi ALLAH secara percuma. Bersyukurkah kau? Apa buktinya kau bersyukur? Apa kebaikan yang pernah kau lakukan? Ya, Allah.. kerdilnya aku. Terima kasih kerana masih memberi ruang aku untuk mengenal diri sendiri.







NOTA:


Dengan pertambahan umur ni, saya mengharapkan agar saya sentiasa tidak lupa asal usul saya. Terima kasih! Terlalu banyak ucapan dari sahabat-sahabat kat Facebook ucapkan yang terbaik untuk saya. Semoga segala doa kalian dimakbulkanNYA. Amin Ya Rabb!



Kek ni sedap sangat! Terima kasih Noorul Izzah Marzuki!


Ada lagi hadiah Izz bagi, tak sempat saya snap lagi.. Nanti saya update kemudian! Nak tau? Ni lah satu-satunya hadiah yang saya dapat! Terima kasih sekali lagi Izz. Kek tu memang saya buat untuk berbuka! Memang sedap sangat.


06 August 2012

NUZUL AL-QURAN DAN LAILATUL QADAR

Nuzul Al-Quran



Sumber: Google


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: 

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) 

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. 

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: 

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) 



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5) 

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira. 

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan. 

Sumber: Jakim








NOTA:

Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke 17 Ramadhan.. Banyak lagi yang tak terlaksana. Semoga dipermudahkan segala urusan. Segala sejarah di atas hanyalah untuk peringatan diri sendiri.

Dan lama tak cerita kisah anak-anak. Next entry lah! ^____^

Ya Allah, jadikan Iyman Ghazy penyejuk hati kami. Amin Ya Rabb!

Allah berfirman,

وَوَصَّيْنَا الْأِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً
“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya.” (Qs. al-’Ankabuut: 8)

(Demikian juga) Allah berfirman,

قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Qs. at-Tahriim: 6)