26 July 2012

LA TAGHDAB [Jangan Marah]


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (al-Bukhari)


Sumber: Google

Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.


Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.


Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah orang yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang gagah perkasa ituialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah"
(H.R Bukhari dan Muslim)


Sumber: SINI.







Nota:


MasyaAllah.. begitu terperincinya ISLAM menerangkan kita sehinggakan bab marah pun dititikberatkan. Betul, terkadang kita akan berasa sangat marah pada seseorang. Sifat marah itu adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan dan marahit akan menjadi lebih baik apabila kena pada tempatnya seperti marah kepada orang mempersendakan agama atau merubah hukum-hakam agama.

Tetapi MARAH yang bukan pada tempatnya adalah satu perangai yang KEJI, kerana MARAH akan mengakibatkan seseorang itu bertindak terburu-buru dan mengikut hawa nafsunya dan biasanya akan menimbulkan penyesalan di hari kemudian.

Oleh itu, MARAH seperti ini hendaklah dikawal dan jangan dilepaskan, kerana apabila sesuatu tindakan dibuat dalam keadaan MARAH maka tindakan itu dibuat dalam bentuk yang tidak sihat dan tidak menghasilkan faedah bahkan akan menyebabkan penyesalan dan kerugian.

Sebenarnya SYAITAN berusaha kita menjadi MARAH. dan apabila kita sedang MARAH maka mudah sekali bagi syaitan menggoda dan memesongkan kita kerana pertimbangan yang sihat telah hilang dan akal telah diliputi emosi sehingga emosi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Maka seseorang yang dapat mengawal dirinya daripada melepaskan keMARAHannya beerti dia berjaya melawan syaitan yang akan mengheretnya ke jurang kebinasaan, kejahilan dan penyesalan. (TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA MENGAWAL KEmarahAN KERANA ANDALAH SEBENARNYA ORANG YANG GAGAH).

Dan kemampuan seseorang melawan syaitan iaitu musuh yang tidak nampak ini adalah lebih HEBAT daripada kemapuan seseorang yang hanya dapat menewaskan musuh yang nampak didepan mata.

(Rujukan: kitab empat puluh hadits akhlak mulia)



6 comments:

  1. Salam kak yus,

    Selamat berpuasa ye!

    Ermm... susah kan nk tahan amarah ni? nak2 hanie ni, ank2 tgh kecik2... mudahnye nk tensi, naik angin... ya Allah ampun.... dlm ati menyesal bile marah2...

    ReplyDelete
  2. Ummi HaniE Annisa,

    Wslm wbt!
    Lama x nmpak kat sini.. hehe.. klau nak tahan marah dlm mndidik/menjaga anak2 ni mmg satu perjuangan besarkn! tmbh2 hanie ramai ank2.. kekdg terlepas juga kan marah tu..

    K'yus pun sama hanie.. x bleh nak lari.. :D

    ReplyDelete
  3. e!ya;

    Sama-sama.. sharing is caring kan!
    ^___^

    ReplyDelete
  4. Salams.

    Sahabat, nanti saya kirim dah dekat2 nak fly k. Selamat berpuasa Yus.


    NOTA:

    Cuti panjang di FB tau. Tak buka2 pun.

    ReplyDelete
  5. SERI,

    Saya sangat ternanti-nantikan kamu muuncul! :D
    Selamat berpuasa juga untuk kamu yer!

    Tu la, di FB.. Yus ada copy "HAIKU" yg best sgt! heee...

    Mekasih jenguk sini!

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^