26 June 2012

Mencari Rindu.


Assalamualaikum,

Mama, terima kasih menjaga orkid ini.

Menyepi. Aku hilang idea menulis. Dulu, selalu aku coretkan sesuatu yang mungkin sedap dibaca dimata aku. Tapi dah lama aku buang. Buang sebab takut-takut nanti isi 'tulisan' itu buatkan aku hilang akal. Hilang kewarasan. Benci dengan diri sendiri. Aku cuba hidupkan blog ni kembali yang lebih kepada isu keluarga yang 'happiness', mungkin. Lebihkan cerita tentang kehidupan semasa dan anak-anak. Tapi akhirnya sama, tidak meniupkan semangat untuk aku mengemaskini blog ni setiap hari. Makin hari makin suam. :P


Owh, Perlu ke mencari rindu? Bukankah rindu tu datang dengan sendirinya. Tanpa diundang. Betul. Tapi hari ni, aku mencari rindu. Risau. Jika-jika aku tak punya rindu itu lagi. Rindu zaman aku kanak-kanak. Rindu zaman aku dewasa dan semestinya rindu zaman aku bersama keluarga.


Yang berlalu biarlah berlalu. LEPAS kan lah. Allah merencanakan sesuatu untuk hambanya adalah yang terbaik. Usah dikenang yang lepas. Tempuhlah yang nyata dihadapan. Kata seorang sahabat (Sahabat yang rindu sungguh aku untuk mengenalinya lebih rapat), 



"JANGAN BAGI PELUANG TERBUKA RUANG, semua tu jerangkap samar". dan.. "Kita ada takdir hidup masing-masing".. 


Ya, aku tidak boleh biarkan peluang terbuka ruang. Memang boleh membunuh orang sekeliling dan aku tak lupa, bunuh diri sendiri juga!.  Aku rindukan kata-kata sahabat itu! Walau hanya dalam maya, tapi aku kasih dengan dia.. Aku sayang dia kerana ALLAH.







NOTA:

Duatigaminggu kebelakangan ni, Iyman Ghazy sangatlah moody, sensitive.. Salah cakap sikit, dia mengamuk, tersalah dengar dia cakap pun dia mengamuk. Minggu yang penuh dengan kesabaran. Dia tak sihat sebelum tu. Lima hari tak mahu makan apa-apa. Minum susu, hanya seteguk dua. Risau betol saya. Pergi check kat klinik, rupanya tekak dia luka ada tonsil sikit. Kesian dia. Lepas dah pulih sikit, tetiba pulak suara takde. Macam rockers dah jadinya. Bila dihitung, duaminggu jugak lah dia mengalami masalah kesihatan.

Dah baik tu, moody la plak! Haih. Macam-macam. Tapi mama cuba bersabar ya untuk Iyman Ghazy. Semoga Iyman Ghazy kembali ceria seperti biasa. Rindu pula nak dengar suara-suara pelat kamu. ^_^


# Mencari rindu dan ruang untuk aku mencoretkan kata-kata disini. Ah, rindunya.. (LOL)

21 June 2012

Diam

Tak tahu. Banyak yang ada dalam kepala nak disimpulkan untuk dijadikan kata-kata kat sini. Tapi tak mampu.







NOTE:

Tabah ya sahabat! Saya tahu kamu kuat.

20 June 2012

Hati Berbisik

Saya hanya ingin berkongsi RASA. Saya tidak mahu memanjangkan lagi entry ini. Cukup dengan puisi dibawah. Tidak perlu ditambah rencah bahasa-bahasa yang boleh merosakkan keindahannya. Sila, baca dan hayati..






Hidup....
Tak dicari bisik datang, ketika menimba air telaga
Dibaca bicaranya. Syahdu sekali.
Terbisik khabar entah dari mana munculnya.
Di situ nanti keikhlasan dicari.
Lebih dikesan lopak dan tunggul,
lebih dinilai kisah dan rasa
tapi tak lama diri menanti
dalam arus damainya semula
hindari selisih, harus.

Rasa....
Begitu cepat senda dipersenda
sehari malam lelap, dan pagi celiknya seperti berjawab
Usah. Dalam sedar dalam berjaga.
Usah difikir-fikir yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa sekali lagi.
Mustahil. Usah diatur dengan sengaja permainan emosi dalam diri.
Terlalu difikir akan maknanya setia.
Sangsi tak mudah terhenti, memang ia raja.

Hati....
Semakin dirapati pintu hati, dari luar dari dalam
diibuka ia sendiri-sendiri tahu akan rahsia
satu anugerah berkembang antara bahagia dan hemah
lantas apa lagi yang kau bimbangkan?
Temui rasa itu cari jauh ke dasar hati
usah dibiarkan mesra yang resah melingkar
Bukankah anugerah itu wajar dipelihara ikhlas?
Hati, luas kawasan telah disukat
arah dan letak kitalah lah perancang.

Aku....
Dikata seperti mengingat, diingat seperti menghadir.
Biar bersama matang menelusuri gurun hidup yang luas.
Memang cemburu masih berlanjut sukar dibendung
tapi terima hakikat hidup
"pohon rendang berakar kukuh tak terpunggah walau di mana ia."
Bercakap kepada diri, usah merujuk sangsi apalagi merajuk.
Dan telinga ini selalu mendengar, bisiknya sentiasa diterka, teman mengerti katanya.

Kamu....
Berburu kasih sama memburu kisah
yang lepas itu lepaskan sahaja
Fikir..
"Mana mungkin menjadi istimewa
setelah aku sendiri yang memutuskan menjadi biasa-biasa sahaja?"
Kerana aku berhidup dengan prinsip;
"khabar sentiasa ditapis, akar benar diteliti, perancang berkira, gerak berpeta, pintar tersembunyi, sahabat tetap sahabat."

Senyum....
Bersabar itu perlu biarpun terbatas, kita manusia biasa.
Keikhlasan itu azimat bak ubat penyembuh kesakitan.
Usah dibiar keraguan bersembunyi
kelak bimbang pahala sepicing menjadi dosa
Bersedialah yang luar biasa
Kerana hidup kita tidak pernah berhenti dari
mengenal yang lama, mengesan yang baru.
Usah wujudkan keretakan dalam barisan kasih sayang
Bertabahlah.






NOTE:
Terima Kasih SERI. Indah sangat.

15 June 2012

Riak dan Takabbur.


Nauzubillah.

“Aku menasihatkan diriku..
Aku menasihatkan rohaniku..
Aku menasihatkan hatiku ..”

Mudah-mudahan Allah jauhkan diriku dari sifat-sifat ini dalam kehidupanku khasnya didalam amal ibadahku.. di dalam perjalanan kerohanianku kepadaNya. Sesungguhnya, akan tertolak segala amalan2 solehku disebabkan didalamnya itu terkandung riak dan takabbur yang banyak. Allahuakbar!

Sesungguhnya kita manusia, tiada yang sempurna! Muhasabah diri. Ya Allah, sesungguhnya aku juga manusia biasa. Sudah tentu banyak kekurangannya. Setiap perbuatan, pertuturan dan segala tindakbalas fizikal, punya tafsiran tersendiri bagi mereka yang melihat, mendengar dan membaca. Kekadang, tujuannya lain, tapi telah disalah ertikan.


Muhasabah diri. Sekali lagi. Sebab, kadang kala yang buruk itu datang dari kita sendiri. 









NOTA: (Sudah pandai meniru seseorang)




Report Card Dhiya Alysha. Puteri Saya. Kad Kemajuan ni saya terima sebelum cuti penggal persekolahan lagi. Terfikir sama ada nak berkongsi dengan kalian atau tak. Jelasnya disini.. ada perasaan bangga dengan keputusan tersebut. Tapi bukan niat nak berbangga diri. Bangga dan gembira hati seorang ibu. Hanya perasaan itu hendak saya kongsikan. Bukan niat untuk dijadikan perbandingan dengan mana-mana pihak.


Maafkan saya, jika ada yang salah faham. Sesungguhnya jauh disudut hati saya, saya sangat gembira dengan keputusan yang Dhiya Alysha perolehi. Sebab tidak menyangka yang sebenarnya dia seorang yang agak pendiam dan pemalu.

07 June 2012

Mencari Sinar

Yang telah tersedia ada.. cuma kena rajin.
Rajin menggilap.
susah, penat, sakit..
itu sudah pasti.

Namun sinaran akan kekal.
Lama..
Berusahalah.. berdoalah.. bertawakkal lah..
Bertenanglah hati, DIA ada..