25 April 2012

Hati Saya Sayu.

Mimpi adalah kunci, Untuk kita menakhlukkan dunia,
Berlarilah tanpa lelah, Sampai engkau meraihnya,

Laskar pelangi, Takkan terikat waktu,
Bebaskan mimpimu diangkasa, Warnai bintang di jiwa,

Menarilah dan terus tertawa, Walau dunia tak seindah syurga,
Bersyukurlah pada yang kuasa, Cinta kita di dunia,
Selamanya,

Cinta kepada hidup, Memberikan senyuman abadi,
Walau hidup kadang tak adil, Tapi cinta lengkapi kita,

Laskar pelangi, Takkan terikat waktu,
Jangan berhenti mewarnai, Jutaan mimpi di bumi,

Menarilah dan terus tertawa, Walau dunia tak seindah syurga,
Bersyukurlah pada yang kuasa, Cinta kita di dunia,

Menarilah dan terus tertawa, Walau dunia tak seindah syurga,
Bersyukurlah pada yang kuasa, Cinta kita di dunia,

Selamanya, Selamanya,
Laskar pelangi, Takkan terikat waktu....


Bait-bait lagu diatas sangat membuatkan jiwa saya bergelora.. Ia sangat bermakna. Impian? Semua orang ada impian. Dulu, perasaan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah AL-Mukarramah hanya sekadar 'gitu-gitu'. Sebab masa tu, saya tak pernah mendalami keistimewaan tanah suci tersebut sebab rasa kerdilnya diri ini. Tapi, bila saya mula bekerja di Syarikat ini, saya punya perasaan berbeza. Setiap minggu halwa telinga kami di jamu dengan keistimewaan, keindahan dan keseronokan cerita tentang Tanah Suci malah semua cerita tentang indahnya ISLAM. Terbit niat dihati, suatu hari nanti saya akan kesana dengan izinNya.

Semoga, akan sampai waktu untuk saya ke sana. Impian kedua saya, saya ingin bawa mama bersama. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya. Semoga impian ini tercapai suatu hai nanti, sebelum mama saya dijemput ILAHI.. :'(


***



Hari Isnin lepas, myMIL dan achu si bongsu as a myBIL, berangkat ke Mekah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, sampai jugak hajat myMIL untuk kesana. Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman paling berharga buat mereka. Saya doakan, semoga suatu hari nanti, myMIL dan myFIL dapat menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan HAJI. Aminnn....

Sayu hati saya tengok gamba ni.







p/s:
Sungguh! Saya ingin kesana.

20 April 2012

Tepu vs Beku

Tak ada bezanya tajuk tu. Masih dalam lingkungan persamaan maksudnya. SO, dia bukan sejenis yang berlawanan. Maka sepatutnya tiadalah versus disitu, kan! Tepu? Sebenarnya, saya tak berapa paham sangat maksud tepu ni, belasah aje pakai.. macam best je kan. Beku? Kalau kamu semua tak tau maksud beku, tak payah la baca entry ni! hahaha...



Agaknya, faktor usia memainkan peranan jugak kot.. Mmmm...








p/s:
Akhir-akhir ni, saya rasa agak sukar bila terpaksa membuat kerja-kerja 'besar'. Nak dapatkan sesuatu konsep rasa payah sangat! Agaknya sudah sampai masanya undur diri dari bidang ni. Lagipun 'budak-budak baru' lagi power design mereka. Aku yang dah agak senja ni sudah tak boleh kreatif dah kot. 

17 April 2012

Pewaris KWSP

Assalamualaikum semua!



Kamu semua dah buat ke nama untuk pewaris KWSP? Saya dah buat dah. Tak silap, bulan Januari lepas. Masa nak buat penama ni, kita kena ada saksi. Jadi, saya berpakat dengan kawan office suami buat penama bersama. Kebetulan dia nak tambah waris katanya. Ok, cerita ni dah lama. Dan lama juga saya nak buat entry ni, tapi asyik tak menjadi je.

Pihak KWSP tak menetapkan syarat untuk letak pewaris kita. Terpulang atas diri kita sendiri. Saya? biasa lah, pewaris saya anak-anak. Suami? saya rasa, dia sudah punya KWSP dia sendiri. Pewaris dia, saya tak tahu siapa, mugkin juga sama dengan saya, iaitu anak-anak. Tak apa lah. Saya tak kisah pun.

Cuma saya ada terdetik beribu persoalan di kepala saya apabila saya tengok pewaris kawan office suami saya tu. "Kenapa ramai? Siapa orang-orang tu?" Tapi saya tak tanya dia pun. Segan. Takut nanti dia cakap saya sibuk nak tahu pasal dia. :D

Tapi jawapan saya terjawab bila saya terbaca blog dia. Rupanya dia ada sebab tersendiri. Disebabkan jawapan dia, saya rasa saya nak pergi tambah pewaris saya! 








p/s:
Sebenarnya, kita tak tahu apa yang terjadi kepada kita. Esok, lusa atau minggu depan atau bila-bila masa akan datang, dimana kita? Setiap apa yang terjadi, kita harus bersiap sedia. Semoga apa yang kita buat, mendatangkan faedah untuk orang sekeliling kita yang kita sayang!

14 April 2012

Sunyi

Sunyi sepi jer blog ni.. tambah-tambah bila di private kan blog ni dari pandangan umum. Tapi saya tak kisah pun.. Ini cerita saya. Hanya saya yang baca. Sebab hanya saya tau peristiwa saya. Dua tiga minggu ni saya agak busy. Job menimbun yang masih tak siap-siap. Mmm.. sudah menjadi asam garam dalam bidang ni. Untuk merehatkan fikiran, saya nak lepak sini kejap! Heee....


Bye!