10 March 2012

Saya sudah lama maafkan dia

Ya. Sudah lama. Sekarang, saya tengah cuba untuk lupakan semuanya. Apa yang terjadi, hanya kerana DIA ingin menduga saya. 

Tadi saya terjumpa dia. Jumpa di kenduri kahwin seorang sahabat suami saya. Saya tak nampak dia. Memang tak nampak yang bukan disengajakan. Sebab ketika itu, mata saya melilau cari meja kosong. Kiri dan kanan saya memegang pinggan nasi dan buah tangan / cenderahati dari keluarga pengantin. Tiba-tiba dia datang kearah saya (mungkin laluan balik ke arah tersebut) dan memegang bahu saya. Saya terkejut. Tapi saya senyum..

"Eh, sihat?" yang terpancut dari mulut saya. "Alhamdulillah" katanya. "Kenapa akak tak datang?" soalan yang membuat saya teragak-agak nak jawab. "Ala.. tak 'berkesempatan' la... Sori.." balas saya yang agak rasa serba salah. "Akak, maafkan A**s yer.." Saya agak terkejut dengan apa yang dia katakan. Maklumlah hampir empat tahun kejadian tersebut berlaku. "Eh, dah lama akak lupakan.. eh, tahniah, semoga bahagia yer.." Kata saya. "Terima kasih kak..." Balasnya dan kami bersalaman dan dia berlalu pergi.

Ya...  memang dah lama saya lupakan. Tetapi siapalah saya.. hati wanita, bila dikhianati susah untuk sembuh. Tapi saya sentiasa berdoa, agar saya diberi kekuatan. Sebab, saya ingin bahagia. Sebenarnya 03032012, adalah kenduri kahwin dia. Memang dia jemput saya dan suami. Tapi berat hati saya untuk menghadirkan diri ke kenduri tersebut. Tapi.. dia tetap ada didalam doa saya, agar dia tidak melalui apa yang saya dah lalui.








p/s:
Hari ni sebenarnya saya kerja. Entah kenapa saya boleh lupa. Entah apa la orang opis tu bising-bising nanti. Huhu....

4 comments:

  1. akk... itu salah satu sifat mulia Rasulullah SAW tau..memaafkan... ;)

    ReplyDelete
  2. Hanie,
    memerlukan KEKUATAN sebenarnya.. InsyaALLAH.. akak akan terus tabah! heheheeee....

    ReplyDelete
  3. Insya Allah, begitu lebih baik.. dia pun sudah ada pasangan hidup..

    owhh.. kemarin terlupa nak g kerja sbb xcited nak makan kenduri ya...

    kami semalam pun ade jemputan kenduri, tp Aliya demam... maka x pergi lah kami...

    ReplyDelete
  4. Kakyong..
    Terima kasih kerana dapat kongsi dengan kakyong suatu ketika dulu.. T___T

    btw, yus pun sama.. duk ingat kenduri, terus x ingat keje.. hehe... belum sempat plak tu nk mencuba cheezy souce tu! hiks...

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^