23 February 2012

Al-Fatihah untuk adik Faris


Sebenarnya saya tak nak update sehingga 1 March nanti. Tapi saya terlalu emosi selepas mengetahui anak kecil ini "pergi".. hati ni sangat sayu dan sangat pilu bila menerima kematian adik Faris. Saya ikuti perkembangan adik Faris melalui blog mazidulakmal.com. Airmata tak henti-henti mengalir bila teringat arwah.



Al-Fatihah..


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.







p/s:
Ya ALLAH, kuatkan semangat keluarga mereka ya ALLAH..

13 February 2012

No updates until 1 March 2012

:)

09 February 2012

Bila kakak rajin.





Suatu petang, kakak minta nak makan nasi. Si adik tak nak. Nak main game jerk kije nya. Kakak macam biasa seleranya, memang suka makan. Tambah-tambah kalu ada sambal tumis. Tak kira la ayam, ikan udang or sotong. Tapi kalau sambal tumis ikan bilis + petai, lagi bertambah-tambah la makannya. Sebenarnya adik pun suka, tapi dia lebih teruja untuk main game

Tengah seronok main game, tiba-tiba dia melirik mata kat pinggan kakak. Saya tanya, nak ke tak? dia cakap tak nak. [Sebab sebelum tu, saya marah dia.. suruh berhenti main game. Makan nasi, nanti lapar]. Dia tetap tak mahu berhenti main, rela tak makan. Lepas tu kakak pandang dia. "Adik nak ker? Meh kakak suap." terus dia cakap, "Nakkkkkk." Alhamdulillah, kakak pandai pujuk adik. ^_^

Tapi situasi ni bukan selalu terjadi pun. Ikut mood kakak. Tapi sekurang-kurangnya saya gembira tengok hubungan mereka. Semoga berterusan macam ni.








p/s:
Kekadang, saya biarkan anak-anak makan sendiri. Nak melayan karenah mereka, kekadang membuat kita jadi tak sabar. Tapi selalu saya bertahan. Orang cakap dengan anak ni, biar pun 7000 kali, kita kena tetap sabar dengan mereka. Kalau saya tak tahan, saya tak marah mereka.. tapi saya 'tinggal'kan mereka sekejap. Contoh, kalau waktu makan, saya biarkan mereka makan  sendiri sedangkan saya didapur.. Buat apa yang patut.

Tapi buat masa ni, saya boleh bersyukur. Kekadang mereka 'mengada-ngada' tapi itu hanya sekejap. Alhamdulillah.

08 February 2012

Air Terjun Chamang.



Cuti empathari, kami x balik kampung pun.. cuma hari ketiga kami pergi mandi manda. Best dan gayat. Tak banyak gambar. Ini pun di 'curi' dari facebook kawan. Jika ada gambar terbaru nanti, saya akan update entry ni nanti. :)



UPDATE!!


Kepenatan! Satu hari suntuk berendam, ajak makan pun tak nak.. masuk kereta nak balik, terus lentok semua.




p/s:
Rawat jiwa yang lara. T____T

03 February 2012

Salam Maulidur Rasul


“Sesungguhnya..
orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang
paling banyak berselawat kepadaKu” 
Al-Nasai & Ibnu Hibban
Gigih jap buat banner ni! heee...




p/s:
Jom Ramai-ramai kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW!

Cerita Ulangtahun Alysha ke-5

 Speechless!

Alysha dah pandai tunjukkan reaksi 'terharu'. Tetiba dia duk di riba papa.. Pastu nampak sangat muka lain macam. Bila tengok wajah dia hari tu (31hb Januari 2012), saya jadi sebak! 
Owh.. ANAK SAYA SUDAH BESAR!

Kek ready made! Mula-mula saya tempah,
tapi disebabkan masalah tertentu,
saya terpaksa cancel.




.
.
.
.
.
.

Tetiba..
.
.
.
.
.
.

Si adik sedih sebab x dapat tiup lilin macam kakak,
nasib baik kakak kasi 'can' kat adik!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tempek la skali gambar ni! Luv U kakak!




p/s:
Terharu bila anak ada tunjuk reaksi gembira dan 'terima kasih' walaupun dia tak luahkan dari mulut dia. Sekurang-kurangnya saya dapat faham apa yang dia rasa. :)

02 February 2012

Sekolah Alysha.

duatigaminggu ni, saya tak habis-habis update tentang Alysha. Maklum la tengah seronok tengok dia untuk pertama kali secara formalnya bersekolah! Mama dia memang sangat excited! Hari tu tak dapat nak tunjuk gambar penuh Alysha mengenakan seragam sekolahnya. Kali ni mama dapat ambil gambar kakak!

Berdiri di tepi sekolah. Ni dah nak balik dh ni..

Kakak nak bergaya dalam keta plak. Layan jer la.. :P


Semalam cuti sempena Hari Wilayah, berkesempatanlah saya menghantar dan mengambil dia dari sekolah. Maklum la dia bersekolah area Selangor. Taska transit juga cuti sebab berada di area W.Persekutuan. Alysha siap request, "Mama, selalu la mama hantar dan ambil kakak macam ni. Baru la best." Wahh, kakak.. Mama pun kalau boleh nak macam tu.. Tapi mama kena kerja la sayang.. :)






p/s:
Seronok berada dirumah bersama anak-anak.