30 December 2011

Penghujungnya 2011.

Tak sempat saya nak apdet! T___T

Selamat tinggal 2011.. Selamat datang 2012..

Selamat Menyambut Tahun Baru, Tahun 2012.
Semoga kita sentiasa dibawah keberkatanNya.
Aminnnn...








p/s:
Kesibukan melanda diri.

27 December 2011

Nama.

cakcibor? ttuyup? puting beliung?

tergelak golek-golek kt opis ni sorang-sorang.. pecah perut!


.
.
.
.
.
.





p/s:
Kamu semua tau tak sejarah nama tersebut?

22 December 2011

TERLUPA!

Hari ni, 22hb Disember 2011 genap usia mama 55 tahun. Saya betul-betul lupa nak telefon mama. Tapi mama yang telefon saya. Itu pun saya tak ucap selamat juga! Masih lupa. Hampir lebih duapuluh minit saya berborak dengan mama! T__T dah lepas tu baru saya teringatkan tarikh hari ni! Macam mana saya boleh lupa sedangkan pagi tadi saya wish untuk seorang sahabat sempena hari kelahiran dia yang juga jatuh pada hari ini.


Ya ALLAH, how I wish she always happy! 
"Semoga ALLAH panjangkan usia mama dalam ibadah dan ketaatan kepadaNYA. Aminnn... I LOVE YOU so much MAMA!" I don't care what ever they say about you, because I know, who you are!






p/s:
Maaf mama... Ja lupa! T___T

GAMBAR DUIT KERTAS BARU MALAYSIA 2012

Woww.. ketinggalan saya. Tadi baru dapat tau berita ni. 

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, di Kuala Lumpur, Rabu.


Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.



Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan
Kat bawah ni gambar duit syiling baru 2012:


WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BAHARU
Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu 
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. 
Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia. 
DenominasiIkon
RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Burung Enggang Badak
RM1Wau Bulan

DenominasiBahan AsasDimensiWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUngu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru


1. WANG KERTAS RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi 
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. 
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. 
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


2. WANG KERTAS RM50
Pertanian dan Teknologi 
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. 
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. 
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


3. WANG KERTAS RM20
Hidupan Laut 
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu. 
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. 
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


4. WANG KERTAS RM10
Flora 
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. 
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. 
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


5. WANG KERTAS RM5
Hidupan Liar 
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu. 
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'. 
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.


6. WANG KERTAS RM1
Sukan Tradisional 
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut. 
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. 
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.










p/s:
CANTIK KAN!

21 December 2011

Udang Goreng Kari.

Orang duk sibuk apdet pasal masakan. Saya pun nak jugak lah! hee.. Malam tadi dah putus idea. Tak tahu nak masak apa. Dalam peti ais ada udang! Tak kan nak buat sambal udang lagi. Semalam dah sambal sotong. Tau la anak-anak ngan cik suami ni suka sambal! huhu.. Fikir punya fikir, teringat pernah terbaca pasal Udang Kari Aromatik dari blog Melley Mey. Saya suka jenguk blog dia. Suka tengok resepi2 terbaru yang kebanyakkan dia olah sendiri. Setiap kali tengok, kecur air liur saya!

Tapi udang tu saya tak salin resepi (doh)! Menyesalnya. Cuma yang saya ingat KARI UDANG! haha..  pastu teringat la sikit-sikit bahan dia. Jadi, saya mulalah mencampur-adukkan semua bahan. Tak sangka jugak, hampir sama! Tinggal saya tak masukkan daun pandan dan cili merah tu saya ganti tomato. Haha.. [AMARAN: Jangan bandingkan gambar saya dengan gambar dia. Memang nampak tak sama langsung! Haha..] sebab cara masak pun berbeza. Saya tumis semua bahan tu sampai naik aromanya kemudian saya terus campur udang tu! Adeih.. Failed la saya kan. Nampak sangat macam nak senang jerk. Hee..  


 
'Persembahan' masakan saya ni tak best!
Tak boleh masuk Master Chef kalau macam ni. Hehe..

Malam tadi ni saya hanya buat dua jenis lauk jer. Kari Udang ni dengan sayur goreng biasa jerk. Sayur dan tomato tu kiriman kakak saya dari Cameron highland sebagai buah tangan. Takut rosak, saya terus jer masak. Berdebar pulak nak makan, takut tak sedap. Bagi cik suami rasa dulu. Dia cakap, "OK la.." huhu.. kaciwa!!! [Tau la dia suka makan sambal. :( ]

Tapi anak-anak cakap, "Sedapnya mama masak!" Wah, gembira nya dengar pujian tu.. haha... Siap tambah-tambah lagi nasi. Seronok saya tengok mereka makan! Finally, cik suami tambah nasi, dia pun cakap, "Eh, sedap la. Boleh la masak macam ni lagi." Hiks.. terus saya tak lalu makan sebab hati dah berbunga-bunga. Hehe...








p/s:
Ikutkan resepi asal guna udang galah or udang yang besar. Baru sedap! Tetiba saya lapar. Huuuu...

19 December 2011

Daftar belum?

Anda dh semak? 

Kalau belum sila ke SPR semak status anda. Saya? Saya dah tahu. Tapi tadi saja nak semak lagi sekali. Mula-mula saya keliru, kenapa saya sampai kena mengundi di Taman Bukit Angkasa? Sedangkan saya belum daftar mengundi lagi! (eh, jangan marah yer.. saya baru nak daftar). Rasa tanggungjawab untuk saya mengundi sangatlah besar. Menyesal pun ada sebelum ni saya tak jelaskan hak saya. Tapi kenapa saya dah didaftarkan, tanpa pengetahuan? Lepas tu, kenapa jauhnya saya nak kena mengundi. 



Huhu.. Fikir punya fikir, saya baru teringat, dulu BOS saya pernah pinjam kad pengenalan semua staff dia. Saya pulak bagi jer tanpa bertanyakan sebab kenapa. Rupanya-rupanya dia daftarkan kami di bawah DUN jagaan dia. [Owh, bos saya ni ahli UMNO bahagian Lembah Pantai]. Tapi, ada kau kesah? haha.. Saya tidak lah taksub sangat bab2 parti ni. Malah isu ni sangat memberi kesan yang sangat kurang menyenangkan! Tohmahan antara satu sama lain dilempar-lampir kan! huhu.. Fitnah sana sini bukan lagi perkara baru. Kekadang isu agama pun dipertaruhkan! Sedihkan. Topik ini,  kalau dijadikan topik utama, akan jadi rempah-ratus pergaduhan. Kenapalah. Salah ke kita masing-masing buka isu ni nak mencari kebaikan untuk dalam setiap sudut. Lagi baguskan. Untuk diri, keluarga, bangsa dan agama. 


Eh, eh.. dah lari topik. Heh. Sekarang ni saya nak tukar tempat mengundi. Jadi saya kena ke kaunter SPR terdekat atau kat mana-mana pejabat pos. Prosesnya senang ke? Malasnya saya nak keluar time2 kerja ni..





p/s:
Rasa malu dengan kawan-kawan yang dah lama tunaikan kewajiban ni! 

16 December 2011

Ariff Alfian Rosli? Terkujat.

Sangat-sangat terkejut saya baca berita dari blog INI.  Disangkakan hilang. Dicurigai berada dalam keadaan susah. Rupanya telah berkahwin disana. Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang kat Dublin, Ireland oleh keluarganya telah dapat dikesan dan telah berkahwin. 

Berkahwin dengan warga Ireland. Tapi bukan dengan perempuan, tapi lelaki. Jika benar orang didalam gambar tersebut dia, maka kesian sungguh. Saya sangat bersimpati dengan ibu bapa beliau. Macam mana lah nanti bila mereka menerima berita ini.









"Ya Allah… janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah engkau memberi hidayah pada kami.. Ya Allah... matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan." 
Amin Ya Rabb..







p/s:
Kalau informasi ini salah, maka salah lah berita ini. Saya cuma terkejut dan terkujat! huhu..

Pusat Sains Negara.

Sempat juga anak saya merasa pergi lawatan pihak taska dia ke Pusat Sains Negara. Hari tu, tak habis-habis bercerita psal lawatan dia tu. Lawatan ni hanya anak-anak yang berumur 4 tahun keatas jer boleh ikut. So, Ghazy melopong la tengok kakak dia naik bas! hehe.. Nasib baik tak nangis nk ikut. 

Si kakak punya cerita pergi Singapore tak habis-habis lagi, ni sibuk cerita psal pusat sains pulak. jumpa dinosour la.. tengok rama-rama la.. macam-macam cerita. Si adik yang x nak mngalah ni pun cerita jugak jumpa rhino la.. cobra la.. masa kt USS aritu.. tetibe kakak cakap, ala.. kakak pun tengok jugak yang tu.. terkedu la ghazy.. haha...







p/s:
Seronok tengok mereka berlawan-lawan cakap dan akhirnya dua-dua kena marah ngan papa! Akhirnya berdamai dan masing-masing dengar citer masing-masing dengan hati terbuka. Ekekeke..

Cuti Sabtu.

Sepatutnya SABTU minggu pertama dan minggu ketiga cuti kat opis ni.
Esok minggu ketiga yer kawan-kawan. Tapi......
Kenapa pulak kena kerja? Haih..


Rupanya, minggu keempat nanti ada majlis tahlil dan kesyukuran kat rumah bos.
So, minggu ketiga ni kena kerja, minggu keempat nanti cuti.
Adil ker? Tak patut kan. Kami sudah punya program dihari cuti kami.
Tak kan nak cancel semata-mata urusan 'mereka' tu?

Tak adil lah! Geramnya...





p/s:
Moody jadinya saya pepagi jumaat ni! Kalau bagitau cik suami kena kerja, mesti marah dia! T__T

15 December 2011

Sekolah?

Tadika. 5 tahun dan rupanya anak ini.
Rasa baru semalam kamu berkeadaan bayi.
Hari ni, dah pandai mengusik saya. 

Berbaju seragam sekolah.



























p/s:
Jadi anak yang cerdik pandai yer! 
Hormat orang tua. 
Agar hidup kamu diberkati.

Hati-hati apdet blog.

Bahaya! Tersalah taip, nanti ada tersalah faham.
Lepas tu tersalah cerita.

Bahaya.. bahaya.

14 December 2011

Uniknya Singapura. Part 3.

04.12.2011

Hari ketiga ni hari shopping. Saya tak ada cerita menarik hari ketiga ni. Sarapan pagi, juga di Restoran Hjh. Maimunah. Makan nasi lemak. Best sebab lauk pelbagai.. hehe..

Sesudah makan pagi, kami dibawa ke Bugis Street. Kami diberi masa dalam dua jam jerk. Kat sini rasa rugi sebab kami sampai awal. Dalam pukul 9.30am dah sampai. Banyak kedai tak buka lagi.. Ingat nak berhabisan beli hadiah2 untuk kawan2. Tapi memandangkan tak ada piliihan, kami hanya beli keychain. Itupun rasanya yang simple2 sebab tak banyak pilihan.  Suami nak cari kasut kerja. Pusing punya pusing, baru perasan dah hampir dua jam berlalu. Sedangkan kedai baru nak buka. Anak-anak pula mengamuk x mo jalan. Ye la.. Sesak. Sempit. Orang ramai. Rimas! huhu.. Saya pun rimas! 

Akhirnya kami ke tempat menunggu bas. Saya suruh suami jalan sendiri cari barang yang dia nak. Saya jaga anak-anak kat situ. Bas dah datang. Tapi suami saya tak nampak batang hidung pun lagi. Cuak jap. ekekeke.. Saya disuruh naik dulu sementara tunggu yang lain. Bas kena pusing lagi sekali sebab takde tempat parking. Sekali pusing, baru la dia muncul dan saya nampak dia memegang satu beg plastik. Dapat la tu apa yang dia idamkan. Hehe.. Kat sini tak sempat bergambar. Malas!

Sumber: Google


Lepas tu kami dibawa ke Orchad Road. Saya rasa kat sini standart mendart. Area shopping mall macam Sogo, Midvalley, KLCC etc. Kalau bos-bos, suka la kot berbelanja kat sini. Tapi ada juga shopping mall yang macam Pertama Complex. Entah apa namanya, saya lupa.  Kami hanya jalan-jalan jer kat sini. Maklumla, duit yang ada tak seberapa. Lagi pun rasanya tak ada barang yang diperlukan sangat. Mata saya hanya melilau cari kedai kasut. Nak cari kasut untuk ghazy. Hee... Last2 masuk kat sport center, belikan dia sandals. Masa dihabiskan kat sini juga dua jam.






Dah habis membazir masa kat Orchard Road. Destinasi terakhir kami di Singapura ialah pergi ke Mustafa Centre. Kat sini saya tak tuju tempat lain. Saya dan suami terus meluru masuk ke kedai perfume. Agak murah perfume2 yang ada kat sini. Dan saya berjaya merembat satu untuk kegunaan sendiri. Ekekeke.. satu jerk. Dan satu-satunya barang saya untuk jadikan kenangan saya berada di Singapura.



Walau takde cop 'Made in Singapore', Saya tak kisah.


Selesai pilih perfume, kami makan tengah hari kat sini dan saya tak boleh nak makan apa2 makanan area ni. Sebab sini yang ada kebanyakkan kedai mamak / india muslim. Hanya anak-anak dan suami beli makan untuk alas perut. Alhamdulillah, saya masih kekenyangan nasi lemak Hjh. Maimunah tu. Dalam bas ada jajan dan roti. So, saya tak risau lapar. Hee... 

Akhirnya kami berkumpul untuk taklimat terakhir kami disini. Kami akan dibawa ke Woodlands untuk pemeriksaan. Maknanya kami akan balik ke bumi Malaysia [Wah, macam jauh sangat jaraknya kn! Hee]. Prosesnya pun agak sama macam mula-mula masuk Singapura dulu. Akhirnya pukul 5.00 ++ pm sampai di JB. Yeay!



Sumber: Google


Kami singgah kat R&R Machap pukul 7.00pm. Rasa nak menjerit! "BESTNYA TOILET KAT MALAYSIA." Semua ada air! hiks.. Kami sampai Batu Caves pukul 12.00 ++ pm. Sesampai jerk, terus perut minta nasi. Gazy dan Alysha yang tadi lena, terus segar. Sampai kedai makan, mulut diorang tak berhenti-henti cerita pasal Singapura. Semua orang pandang pelik jerk.. hehe..







p/s:
Saya bersyukur walau sepadat dan sepenat mana pun saya kat sana, akhirnya saya sampai juga Singapura.

12 December 2011

Uniknya Singapura. Part 2.


03.12.2011 (Sabtu)


Hari kedua ni macam lapang la sikit. Kami dibawa ke Restoran Hjh. Maimunah kat No. 20 Joo Chiat Road. Sarapan kami berlontong pepagi ok! Lontong dia boleh tahan sedap jugak la. Lepas makan lontong, kami bergerak ke Universal Studio Singapore (USS). Kat sini kami diberi masa panjang, dari jam 9.00am smpai la jam 5.00pm. Kat dalam ni, ada 24 movie-themed dan permainan, kebanyakkannya yang extreme game.. Semua nya best2 tapi tak sesuai la untuk anak saya yang umurnya 3 dan 4 tahun. 





Banyak tempat-tempat best yang kami tak ambik gambar. Dah balik, baru rasa ruginya! (doh). Macam yang saya bagi tau aritu, nasib baik ada benda alah yang biru beroda 4 tu.. boleh tolak budak2 dalam tu. Haha.. Stroller tu 15USD. Sewa satu ari pun tak apa. Janji duk dalam USS tu. Jangan bawak keluar, kena saman nanti! Haha.. Kalau tak ada benda tu, saya tobat tak mau masuk! Jalan baru sekangkang kera, si kakak yang umur 4 tahun tu dah mintak dukung. Macam mana? patah pinggang ramping saya! wakakaka...

Saya rasa, anak-anak sangat seronok dalam wayang 4-D by Shrek® and gang. Memang kita dapat rasakan sekali pengembaraan bersama shrek untuk membantu menyelamatkan Princess Fiona. Kita dapat melihat, mendengar, dan sebenarnya MERASA semua tu dari tempat duduk kita! Ofcoz la.. kata 4-D movie kn! heh. Bukan takat anak-anak jer terhibur, saya ngan suami pun rasa keseronokkannya! Si Alysha siap tepis2 muka dia bila nampak benda2 tajam nak tusuk muka dia! Lawak betul. 



Sumber: Google


Dah habis shrek, kami singgah kat Treasure hunter. Sebenarnya nak pegi kat Madagasca tu. Tapi beratur bukan main panjang lagi. Macam malas nak menunggu! Panas pulak tu. So kami jalan smpai la jumpa treasure hunter ni. Kat sini naik keta mcm ketapi tu. Macam berada di kawasan Mesir Purba. Tarikan ini sesuai untuk semua pengunjung, terutama kanak-kanak. Perjalanan membawa kita melawat excavation site yang ditinggalkan.  Lepas tu ada plak haiwan2 yang terjah kita senyap2 termasuk hippos, ular, cheetah, kumbang2 dan buaya. Terkejut kejap jerk.. hehe... Diaorang cakap, kat sini tak boleh ambik gambar. Sejujurnya kami memang tak bergambar. Sebab takut la kan apa2 jd ke, kena denda ker! Tapi hampeh, ade jerk orang bergambar. Haha..

Sumber: Google

Lepas tu kami kelaparan! Cari tempat makan. Kami makan kat Oasis Spice Cafe dalam area Ancient Egypt. Asalnya nak makan kat discovery food court kat Lost World tu. Ada sesuatu yang kami tak berkenan kat situ. Kat Oasis Spice Cafe  saya makan set nasi beriani. Siap ada roti canai lg. Harga 15USD setiap set. Dah kenyang baru la ada tenaga untuk jalan2. Haha. Singgah kat TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Ingat nak masuk tapi sejam kena menunggu! Ramai sangat orang time tu. Dapat bergambar kat luar jer. Tengok anak2 pun dah malas, kami jalan jerk la.. huhu.. Sebenarnya rugi tak masuk sini. diorang citer, best sgt kt dalam ni. huhu... Kalau ada rez




Lepas tu, lepak jap tengok hip hop dance show. Bukan nak tengok sangat, tapi nak rehatkan kaki! Haha.. 15 mnt jugak duduk kat situ. Lepas tu jalan lagi. Singgah kat studio kesan filem khas dan sistem bunyi dalam Light Camera Action Studio. Best! Memang canggih betul teknologi diorang!

Sumber: Google


Lepas tu memang lepak giller. Penat. Suami pun dah tak larat dah. cari smooking area! Jumpa jer tempat tu, terus berkepol-kepol asap kluar. Sabar jer la.. Saya pula, layan anak-anak. Entah ada kuasa apa ntah masa berehat tu, tetibe anak yang td lembik dah bertenaga! Haha..

Ni dia muka yang ceria.

Ada lagi video mereka menari-nari kat sini. Kemudian la saya upload yer.. Tiada dalam simpanan buat masa ni. Ada kat tangan suami. Hee.. Dan akhirnya kami keluar USS tepat jam 4.55pm. Risau takot mereka menunggu kami pulak. Tapi dugaan kami meleset. Kami antara 3 keluarga terawal. Ramai lagi kat dalam tu. Akhirnya hampir jam 6.00pm baru la cukup semua ahli kumpulan. huhu.. Si Alysha siap tidur kat kaki lima! Penat. Saya pun smpai bersila kat situ tunggu mereka. Lagi la penat bila kami diarah naik monorail untuk menuju kat tempat makan malam.. ntah, xtau nama apa tempat mkn tu, yang pasti naik hanya satu stesen jerk jauhnya.

Kat sini la yang saya rasa SERIK. Memang la satu stesen jerk bezanya. Tapi disebabkan anak2 sudah penat, meragam, menangis, nak tidur la dan macam2 lagi. Saya terpaksa dukung si Alysha. Si Ghazy suami yang dukung. Bayang kan lah budak umur yang nak masuk 5 tahun, dukung turun-naik tangga! Memang saya SERIK!! Penat tak hilang lagi, kena berkejar makan pulak! Mana nak lalu makan macam tu kan! <Geram dgn agensi tu>

Lepas tu berkejar-kejar pulak ke 'Sounds of the Sea' show at Sentosa Island. HUJAN pulak! haiyoooo..... kasihan sungguh! Hujan-hujan pun layan jugak. Memula tu rasa macam menyampahnya duk dalam hujan menunggu show tu. Bila dah start show tu, baru la rasa seronok. Memang best! Walaupun menggigil kesejukan, tetap terpegun dengan warna-warni show tu. 



Sumber: Google






p/s I:
Hari ni, masalah saya dan kebanyakkan antara kami adalah TANDAS. Dalam banyak2 tandas hanya ada 1 jerk yang ada air. Seksanya menunggu. Sama juga tempat SOLAT. Agak susah. Nasib baik kami masih berkeadaan musafir. 


p/s II:
Saya seronok, hepi! tp at the end of the day.. Giller penat. Lapar! Sejuk! Kesian Alysha, akhirnya paksa dia jalan kaki pergi kat tempat bas. Jauh jugak. Turun naik tangga jugak. HUJAN jugak! Kesian dia. Ghazy still dukung sebab ada masalah kt kasut dia! <sgt bersyukur dia> haha.. Sesampai kat hotel, kami makan maggi berjemaah! Haha.. Suami pula dapat tenaga baru, ikut kawan2 dia pergi makan sup tulang merah katanya! huhu.. Saya hanya mampu tidur ngan anak2. Penat! simpan tenaga untuk esoknya pula. Program esoknya? Tunggguuuuuu...... Haha..... next entry ok!

09 December 2011

Uniknya Singapura. Part 1.

Unik ker? ekekeke....
Kali ni nak kongsi pengalaman. Pertama kali ke sana. Ada seronok dan ada yang tak seronok. 

Pengalaman di hari pertama, sangat tidak menyelesakan <ada ker ayat ni?> saya. Sebab satu hari tak mandi! Lepas tu saya rasa, susahnya nak buang air  <kecik dan besar>. Rasanya toilet awam macam kurang la kat sana. <Ye ker?> Lepas tu kebanyakkan toilet yang ada pulak, kena kongsi. Hohoh.. sangat tidak selesa. Tahan sampai malam! balik hotel baru buang semuanya! Haha.. Kalau pasal makan, tak susah kot. Mungkin sebab kami pergi dengan agensi. Jadi, tempat makan sudah disediakan. Kami dibawa jelajah bandar dan tempat2 sejarah Singapura. Tapi tengok dalam bas jer tau! <tak tau nape tak boleh tgok dekat2> Satu-satunya tempat yang kami berhenti dan bergambar adalah tempat ikon Singapura iaitu patung singa berbadan ikan! Sejarahnya? Ok, kami diberitahu bahawa "kepala singanya melambangkan singa yang terlihat oleh Pangeran Sang Nila Utama saat ia menemukan kembali Singapura di tahun 11 M, seperti yang tercantum dalam “Sejarah Melayu”. Ekor ikan sang Merlion melambangkan kota kuno Temasek (berarti “laut” dalam bahasa Jawa), nama Singapura sebelum sang Pangeran menamakannya “Singapura” (berarti “Kota Singa” dalam bahasa Sansekerta) dan juga melambangkan awal Singapura yang sederhana, iaitu sebagai perkampungan nelayan." <kopipes dari sejarah patung singa merlion> Gambar kami? ni la dia :




Sayangnya waktu ni hujan. Terbatas kami dan anak2 nak berlari-lari kat sini.. haha.. Lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari. Mula2, kami makan dengan lahapnya walau makanan tersebut bak kata suami, "kalau ada restoran macam ni kat Malaysia, sebulan jerk tahan. Bungkus la macam ni." Maksudnya, makanan kat situ tak sesedap yang kami harapkan. Nasib la kami semua tengah lapar. Dapat habiskan semua lauk yang disediakan. Hehe..

Lepas makan kami dibawa ke Sentosa Island. Asal perancangannya kami kesana adalah waktu pagi. Seelok jejak kaki <bas> ke tanah Singapura. Tapi disebabkan hujan, semua perancangan ditukar. Sebab ke sini adalah untuk sempurnakan plan untuk telematch game. Tak best pun sebab masing-masing sudah kepenatan. Muka semua macam terpaksa. Haha.. Anak-anak saya tak puas hati, sebab tak sempat mandi air laut. Tapi yang best, Saya dan suami menang semua acara berpasangan! Haha.. 


Sumber: Google.

Sumber: Google.


Cukup masa penatkan badan, kami kembali ke restoran tadi untuk makan malam. Kali ni, makanan dia sedap sikit. Hehe.. Lepas tu, kami di bawa ke Night Safari. Enjoy! sebab anak-anak sangat hepi kat sini. Gambar? Hmm.. tak ada sangat, maybe ada kat camera kawan suami. Sebab malam-malam macam ni, camera hset sangat lah tidak berguna kan! Haha..





Habis aktiviti ni, baru lah kami ke hotel untuk melapor diri. Huhu.. bayangkan, satu hari suntuk tak mandi! Penat.... Kami bermalam kat hotel 81 di Jalan Joo Chiat. Juga tak best. Kami dapat bilik kecik! huhu.. Tapi Alhamdulillah.. dapat lelapkan mata dengan sempurna!








p/s:
Banyak sebenarnya terlepas bergambar di tempat-tempat yang menarik. Suami malas. Saya? Lagi lah malas. Sebab tu lah idaman saya untuk dapat kan DSLR. Supaya saya rajin bergambar. Hee.. and one thing I want to share is, ada je sampah yang saya jumpa. Termasuk lah putung2 rokok. Ada orang cakap, susah nak jumpa sampah kat Singapore. Sebab, dendanya sangat lah tinggi jika anda buang sampah merata-rata. Cukup la cerita untuk hari pertama. Saya cuba sambung lagi utk cerita hari kedua dan terakhir nanti. Ada lagi yang menarik tau.. tunguuuu...