24 November 2010

diluah mati mak, ditelan mati bapak.. :(


lama x apdet blog.. ni tetgh mlm ni, tetiba jerk ati nk beblog.. tgh asyik dorg main, baik aku luah pasaan ni.. sdey sgt.. sdey sbb xdpt nk tlong adik sdiri... 2-3 tahun ni.. aku tau, adik aku susah sgt utk bergerak *transport*.. aku tau dan aku paham.. tp, aku rase terkilan sgt xbleh nk tolong..

skang, adik aku nk beli keta.. *utk kmudahan dia dan anak2 jugak* smua dokumen dh lulus.. tgal penjamin jerk.. asben dia xleh jd penjamin coz name dh blacklist.. so dia ade tnye aku utk jd penjamin.. tp, asben aku x kasi.. coz dia takut di kmudian ari.. sbenarnya asben aku pn blacklist jugak.. blacklist sebab dia jd penjamin utk kwn baik.. akhirnya dia diheret juga.. terpaksa tgung RM23,000.00 yg org lain guna... so, skang dia sgt la serik.. dia takut.. sbb segala urusan akan dtg, hanya aku yg layak.. itu pn blom tentu coz gaji aku kecik!

skang, aku xtau nk buat kputusan.. sdey sgt.. aku harap sgt, smua pihak faham... aku x terdaya..  :(





p/s:
kekdg, aku perlu pandang ke hadapan... panjang lg perjalan hidup ini... klau tidak ALLAH ambik nyawaku! AKu perlu membuat kputusan yang betul.. tp situasi ini membuat aku buntu!  


*maafkan k'ja, na! :(

20 November 2010

save the date! -20-11-2005-


alhamdulillah, syukur pd-Mu ya ALLAH..
terharu.. gembira.. tup.. tup.. dh 5 tahun kami bersama..
mcm2 kami lalui.. 
gembira? kelakar? sdey? manis? pahit? perit?
smua tu tersemat dihati..
org ckp, pngalam mngajar kita erti hidup..
hargai lah kehidupan kita..
apa adanya kita, apa adanya dia.. terima lah!
semua itu jodoh kita..
lalui lah dengan penuh kesabaran..
dalam 5 tahun ini, aku di kurniakan sepasang cahaya mata..
amatlah bahagia.. mereka, buat aku tersenyum..
skali lg, TERIMA KASIH ya ALLAH...

10 November 2010

Yuran Nursery RM600?!

smlm aku dpt borang nursery utk thn depan nyer.. nursery ni, tiap tahun kena isi borang baru.. huhu.. utk kemas kini katanya.. xpe lah.. aku tak kisah pun! aku isi jerk.. kali ni, borang baru ni ade dikepilkan sekali dengan yuran bulanan ngan yuran tahunan..mula nya aku x belek pun! hehe.. tapi baru jap td, lepas makan malam, aku nak isi borang tu.. siap isi, saja nk baca.. belek la helaian yuran tu.. perghh.. *bulat jap mata* yuran dah naik!

1.  Yuran Pendaftaran                        -   RM50
2.  Kadar Yuran Bulanan:
      i.   Bayi - 1 tahun ++                      -   RM350.00
     ii.   2 tahun                                        -   RM300.00
     iii.  3 tahun                                        -   RM300.00
     iv.  4 tahun                                        -   RM300.00
     v.  Kanak-kanak Transit                  -   RM200.00

3.  Yuran Kertas Kerja utk 1 tahun serta buku rekod:
     i.  4 tahun                                          -   RM200.00
    ii.  3 tahun                                          -   RM150.00
    iii. 2 tahun                                          -   RM120.00
    iv. Bayu & 1 tahun                            -   RM5.00

4.  Jagaan Tumpang 1 hari              -   RM20.00
5.  Yuran Iqra' kanak-kanak luar      -   RM50.00

maknanya untuk anak2 aku:
Alysha 4 thn - RM300.00 + RM200
Ghazy 3 thn  - RM300.00 + RM150
yuran pendaftaran  -  RM50.00
= RM1000.00
(ni utk pendaftaran awal tahun... kemudian bulanan aku kena sediakan RM600)

ayoyooo.. aku kena sediakan RM600 tiap2 bulan.. ni x termasuk lagi susu ngan lampin! huhuu.. makin tgi la plak kos dorg ni.. dulu, utk 2 org ni, aku juz bayar RM450 jerk.. aku ingat thn depan makin kurang la sbb mereka makin besar.. rupanya lagi mahal.. kui kui kui..



p/s:
hahaha.. korg jgn terpedaya.. sbenarnya, yuran utk ank2 aku still murah.. juz tmbh RM20.00 jerk = RM470.00 ni disebab kan.. owner tu aku kenai.. kwn baik spupu aku.. so dia kasi murah la utk aku.. kui kui kui... senarai kt atas tu.. aku juz bayang kn.. kalau lah aku x kenal owner tu.. huhu.. kopak la.....

04 November 2010

owh.. makan nasi bertelur sambal tomato..

huh, jika aku tidak masak, katanya aku malas..
pernah satu ketika dia berkata..

dia : ah, jual jer dapur kita.. kalau nk makan, beli jer lah!
aku : alah, kan skarang awal bulan, apa salahnya.. bukan tiap2 ari saya mahu makan kedai..
dia : (senyum sinis)

ntah ape yang difikirkan.. aku mengaku..
kekadang aku minta untuk makan kedai atau bungkus..
telus dari hati.. aku penat! sesekali teringin makan masakan orang..
namun aku tahu, dia lebih suka makan dirumah..
makan makanan yang dimasak sendiri..

tak apalah.. aku bukan memaksa..
tp cuba untuk memberikan sedikit 'idea'.. :)
dirumah, punya masalah sendiri..
kekadang.. 'bahan basah' kena selalu beli..
sebab peti ais sudah smpai masa untuk di 'service'.. heh!
kalau beli, kena beli dalam jumlah yang sedikit!

bila aku dirumah tanpa dia, dan hanya ditemani putera dan puteriku..
mendatangkan masalah untuk aku ke kedai..
memang, anak2 bila bersama ibu, cukup pandai buat karenah..
bila marah, tiada seorang pn takut.. huhu.. sabar je la..
dan kalau aku bawa mereka kekedai, susah la aku! :(

dan inilah masalahnya..

faham ke tidak kenapa saya x masak..
kalau ada lauk basah, bukankah selalu saya masak..
saya bukan jenis yang mahu mengungkit..
tapi bila awak sudah 'pandai' membuat 'aduan rakyat',
saya juga ada hak untuk bersuara..




gmbo ihsan mr.google.. xsmpat nk snap yg aku buat, coz lapar sgt! hahaha..


p/s: 
tp sbenarnya aku silap.. sebab TERLAMPAU LAPAR! diulang, TERLAMPAU LAPAR!  blk umah ptg smlm, laju jerk masak telur wat smbal tomato.. susah ngan bdk2.. nk itu la.. nk ini la.. bgaduh bagai la.. adeih pening.. tu yg laju jerk masak bnde yg nmpak depan mata.. pdhal dlm peti ais, ade ikan bawal ngan sotong! dia beli, x btau aku.. haha..  ! padan muka! padan muka!

02 November 2010

Solat atau Sembahyang? Solat laaa...


Alhamdulillah, setiap ari jumaat, selepas solat asar, bos syarikat tempat aku bekerja mengadakan kelas agama. Kelas agama ni berkisarkn tentang akidah, tauhid dan isu semasa psal Islam. Sudah hampir enam tahun aku disini (walaupun satu ketika aku cuba cari rezeki ditempat lain). Tp DIA berikan aku penghijrahan itu hanya seketika.. Alhamdulillah, aku dipanggil utk berkhidmat kpd syarikat itu kembali.. syukur sgt! Ustaz yang mengajar kami adalah Ust. Ishak Din (abg kpd Dato' Dr. Haron Din). Dia garang sgt.. slalu buat soalan cepumas! antaranya, 'mustahil ALLAH melihat sesuatu yang mustahil?' jwpan dia bkn psal 'ya' atau 'tidak'.. persoalannya adalah mengenai 'ayat' soalan itu.. haha.. dia selalu putar belitkan soalan supaya murid dia keliru! hehe.. 'betul' atau 'salah'..

Ust. Ishak slalu marah kalau ada org sebut sembahyang.. mesti dia ckp, 'bodoh lah kamu ni.. solat ngan sembahyang tu x same.. sebut SOLAT'.. lagi satu dia akan cakap, 'solat hanya org Islam yang guna, sembahyang smua org guna termasuk org kafir'.. kalau org x faham maksud ust. ni mmg akan jd keliru.. termasuk mula2 aku masuk kelas dia enam tahun lepas.. ok la.. dh lame nk kuarkn psal n3 ni.. tp tersangat-sangat la tiada idea utk mengarang.. lalu ambik jalan pintas, dgn meng'search'kan artikel ni kt mr.google.. dn terjumpa la blog INI. Secara rakusnya, aku mengopipes kan semuanya tanpa diedit msuk ke dalam blog milik aku ni.. meh kita kongsi!

Gambar dari mr. google


Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

 Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.



p/s:
idea utk kluarkan n3 ni adalah terhasilnya sedikit perdebatan di fesbuk sblm ni.. tp sbb aku xde fakta yg kukuh, perdebatan itu berakhir dengan kemenangan di pihak dia hehe.. tp dalam hati.. aku nk buktikan  maksud aku sbenarnya.. hehe.. akhirnya.. aku menemui artikel ni.. tp org itu still dgn pendapatnya.. xnk terima ape yg 'jelas' ini.. xpe lah, terpulang.. aku sudah jalan kan tugasku.. hehe..

01 November 2010

CONTEST BAYI NANGIS

ishk.. ishk.. bila aku tiada kije.. hehe...

BW kt blog kakyong.. ade contest baru.. harus join ni.. ekekeke.. kbtulan, syarat2 yg diberikan sume ckup! hehe.. meh kita join ramai2...
alolo.. kiut nyer aleesya nangeh
 segala maklumat, sila ke SINI. Syarat2nya pun sila KLIK SINI
.
.
.
.
.
dan ini dia gambar yang dipertaruhkan

apabila papa mereka marah!
NAMA BAYI
Dhiya Alysha & Iyman Ghazy
NAMA IBU
Yusneeza
TARIKH LAHIR
31012007 & 17052008



p/s:  cuba nasib lg.. hehe... ntah boleh ke x 1 pic utk 2 org.. kui kui kui...